Gaji Cecah RM3 Ribu, Syarikat Tilam Ini Tawar Jawatan Eksekutif Tidur

Adakah anda seorang yang suka tidur dan sanggup untuk tidur selama 8 jam sehari selama 100 hari?

 

Jika YA, jawatan Eksekutif Tidur mungkin sesuai dengan anda kerana sebuah syarikat menjual tilam di Singapura, Sonno, sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan itu untuk penduduk Singapura, sebagai sebahagian daripada kempen awam iaitu ‘Dibayar Untuk Tidur’ dan bagi membantu kajian dalam mencari rahsia tidur lebih nyenyak.

gaji cecah rm3 ribu, syarikat tilam ini tawar jawatan eksekutif tidur

Kempen itu akan dijadikan sebagai data kepada syarikat tilam terkemuka ini bagi menambah baik kualiti tilam keluaran mereka, sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat Singapura dengan memberikan mereka tidur malam yang lebih nyenyak.

gaji cecah rm3 ribu, syarikat tilam ini tawar jawatan eksekutif tidur

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli, jawatan tidur secara profesional ini akan memberitahu tentang apa yang diperlukan untuk tidur lebih lena, terutamanya sepanjang musim pandemik ini.

 

Jawatan itu ditawarkan dengan imbuhan sebanyak 1,500 dolar Singapura (kira-kira RM3,088) untuk 100 hari tugasan, tilam Sonno bersaiz queen, dua biji bantal dan juga sehelai cadar percuma.

gaji cecah rm3 ribu, syarikat tilam ini tawar jawatan eksekutif tidur

Mereka yang terpilih untuk jawatan itu akan menggunakan aplikasi ‘Pengesan Tidur’ bagi mengesan pola tidur mereka selama 100 malam, mengikut kepada keselesaan bilik tidur mereka sendiri.

 

Sumber: [1]