Syarikat Ini Sanggup Bayar Lebih RM8 Ribu Untuk Lepas 100 Lipas Ke Rumah Korang!

Sebuah syarikat kawalan serangga di North Carolina, Amerika sanggup bayar AS$2,000 (RM8803) bagi setiap satu isi rumah sekiranya mereka bersetuju untuk membiarkan ia melepaskan 100 lipas ke dalam rumah mereka bagi menguji teknik pemusnahan baru.

syarikat ini sanggup bayar lebih rm8 ribu untuk lepas 100 lipas ke rumah korang!

“Kami sedang mengupah lima hingga tujuh pemilik isi rumah untuk membenarkan kami melepaskan lebih kurang 100 lipas Amerika ke dalam rumah anda, dan memberi kami kebenaran untuk membuat penggambaran serta menguji rawatan lipas tertentu,” baca catatan terbaru di blog The Pest Informer.

Pengasas syarikat tersebut, David Floyd memberitahu NBC News pada 13 Jun bahawa mereka telah menerima lebih 2,200 permohonan tawaran itu melalui borang pendaftaran khusus di laman webnya.

Floyd berkata, sebelum ini, syarikatnya pernah melepaskan lipas ke dalam rumah rakan dan keluarga pekerja syarikat untuk menguji rawatan mereka.

Namun, hasil daripada pengujian itu tidak pula didedahkan mereka.

 

Sumber: [1]