Pengambilan garam secara berlebihan dalam makanan harian boleh memberikan risiko kepada kesihatan kita.
Oleh sebab itu, sekumpulan saintis dari Universiti Meiji di Jepun telah berjaya mencipta sudu dan mangkuk elektrik yang mampu mengawal manusia daripada mengambil garam dalam makanan harian mereka.
Menurut laporan, sudu itu berfungsi dengan memindahkan ion sodium atau ‘garam elektrik’ ke dalam mulut individu. Ia sekaligus mampu meningkatkan rasa masin dalam sesuatu makanan, tanpa perlu menambah garam atau perasa padanya lagi.
Menurut ketua penyelidik, inovasi itu dijangka akan dipasarkan pada akhir tahun ini, namun harganya masih belum ditentukan lagi.
Jelas ketua penyelidik itu lagi, sudu elektrik yang dikenali sebagai electric salt ini amat berkesan kerana mampu meningkatkan 1.5 kali ganda tahap kemasinan pada makanan yang rendah sodium.
Sumber: Utusan