Gelar Diri Suami Misali, Lelaki Senang Hati Duduk Dirumah Kerana 3 Isterinya Keluar Bekerja

Senang hati, itulah perasaan seorang lelaki dari Amerika Syarikat apabila dia hanya duduk di rumah kerana tiga isterinya yang akan keluar bekerja. 

Lelaki yang dikenal sebagai Nick Davis menggelar dirinya sebagai suami misali kerana dia mempunya tiga isteri di sampingnya.  

Pada awalnya, Nick bertemu dengan isteri pertamanya, April ketika belajar di universiti 15 tahun lalu sebelum mengenali isteri keduanya Jennifer sembilan tahun kemudian.

“Kini terbukti bahawa Jennifer ialah seorang wanita hebat dan bijak. Ketika memperkenalkan dia kepada Nick, saya tahu Nick akan tertarik dengannya,” kata April.

Selepas muncul dalam program realiti televisyen, Seeking Sister Wife, Nick kemudian berkahwin dengan isteri mudanya Danielle. 

“Memiliki tiga isteri dengan mengetahui bahawa kami mengukuhkan penyatuan ini dan menjalani kehidupan ini adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Saya bagaikan hidup dalam mimpi yang menjadi kenyataan,” katanya.

 

Sumber: Kosmo