Sengaja Matikan Elektrik Satu Kampung Demi Bertemu Kekasih Senyap-Senyap

Seorang lelaki yang juga juruteknik elektrik didakwa sengaja mematikan bekalan elektrik di kampungnya berulang kali supaya beliau dapat bertemu dengan kekasihnya.

sengaja matikan elektrik satu kampung demi bertemu kekasih senyap-senyap

Kejadian berlaku di Ganeshpur, sebuah perkampungan kecil di daerah Bihar Purnia, India, selepas penduduk mengadu bekalan elektrik di tempat mereka sering kali terputus.

.

Selepas mendapat aduan daripada penduduk, pihak syarikat elektrik menjalankan pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang masalah pada bekalan kuasa mereka. Lebih menjadi tanda tanya, kampung berdekatan tiada pula berhadapan dengan masalah sedemikian.

.

Masalah bekalan kuasa itu pula kerap terjadi ketika waktu malam, membuatkan mereka mula menyiasat apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada bekalan kuasa elektrik di kampung mereka.

.

Pada satu malam, ketika masalah bekalan elektrik itu terjadi, penduduk Ganeshpur melakukan rondaan di seluruh kampung untuk mencari jawapan kepada masalah ini. Setibanya mereka di satu kawasan sekolah, mereka menemui sepasang kekasih yang berhubungan secara senyap.

.

Rupanya, lelaki yang berhubungan dengan wanita dikawasan gelap itu adalah seorang juruteknik elektrik yang mengakui sengaja mematikan bekalan elektrik di kampung itu untuk dua hingga tiga jam supaya mereka berdua dapat bertemu dan tiada yang mengetahui perhubungan mereka.

sengaja matikan elektrik satu kampung demi bertemu kekasih senyap-senyap

Berang dengan pengakuan lelaki itu, penduduk kampung bertindak memukulnya berulang kali sebagai tanda hukuman.

.

Kisah cinta juruteknik elektrik dan wanita itu berakhir dengan cukup indah selepas mereka berdua kini dilaporkan telahpun berkahwin. Itupun selepas penduduk kampung yang berang memaksa mereka untuk berkahwin supaya masalah elektrik itu tidak lagi berlaku.

.

Sumber: [1]