Terdapat banyak jenis senaman yang ada di dunia. Setiap senaman memberikan hasil yang berbeza kepada individu itu.
Sama juga dengan satu senaman yang kini tular di China disebut sebagai crocodile crawl atau senaman merangkak buaya, dikatakan boleh merawat sakit belakang.
Senaman aneh itu diinspirasikan daripada buaya kini telah menjadi trend dan fenomena kesihatan baharu di negara berkenaan sehingga mendapat liputan ramai.
Senaman merangkak buaya dilakukan dengan satu kumpulan barisan panjang dan meniarap bagaikan seekor buaya. Selain melegakan sakit belakang, senaman ini kata mereka boleh menguatkan otot dan meningkatkan kekuatan periferi.
Menurut ketua kumpulan Crocodile Crawl di Xiangshan, beliau pernah bergelut dengan masalah sakit pada tulang belakang namun berjaya mengatasinya selepas melakukan senaman itu sekitar lapan bulan yang lalu.
Bagaimanapun senaman Crocodile Crawl ini tidak sesuai untuk pesakit diabetes, darah tinggi dan jantung kerana ia senaman ini dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat serta memberi tekanan kepada jantung.
Tonton video berikut untuk cara melakukan senaman ini.
Sumber: Oddity Central