Seorang lelaki di Washington, Amerika Syarikat dikatakan sanggup menenggelamkan keretanya hanya semata mahu mengisi air radiator.
Beliau memberitahu perkara itu kepada polis baru-baru ini selepas dilihat dengan sengaja memandu kereta ke dalam sebuah sungai di Yakima.
Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa, pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan selepas beberapa penduduk tempatan melihat sebuah kenderaan dalam sungai terbabit.
Ketika tiba di tempat kejadian, pihak berkuasa dilaporkan menemui kenderaan itu di dalam air dan pemiliknya berada berhampiran.
Pasukan kecemasan yang turut dikejarkan ke tempat kejadian menunda kereta itu keluar dari sungai. Hingga kini, masih tidak jelas sama ada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap pemandu kereta itu atau sebaliknya.
Pemilik kereta itu dengan jelas memberitahu niatnya hanya untuk mengisi radiatornya dengan air setelah menggantikan termostat.
Sumber: [1]