Roti Hangus Ini Laku Terjual, Ramai Cakap Sedap

Jika anda sedang memasak dan masakan anda menjadi hangus, sudah pasti anda akan membuangnya sahaja kerana ia tidak lagi boleh dimakan.

 

Namun berbeza dengan roti yang dijual di kedai ini kerana ia adalah roti hangus yang mendapat sambutan ramai sehinggakan ia habis terjual setiap hari.

roti hangus ini laku terjual, ramai cakap sedap

Roti yang dijual di Barnett's Bakery, sebuah kedai dekat Manchester ini sebenarnya sudah lama dipasaran. Bahagian hangit berwarna hitam pada luarnya memberikan rasa rangup, manakala bahagian dalamnya pula lembut dan enak dimakan.

roti hangus ini laku terjual, ramai cakap sedap

Disebabkan rasanya yang enak, roti berkenaan laku terjual dan habis setiap kali ia dihidangkan di kedai terbabit.

roti hangus ini laku terjual, ramai cakap sedap

Bagaimanapun ada yang mendakwa bahagian hangus kehitaman itu amat membahayakan kesihatan kerana ia bersifat karsiogen dan boleh menyebabkan kanser.

 

Sumber: Oddity Central