Restoran Pelik Di Dunia

Semakin banyak restoran yang baru dan yang menampilkan konsep konsep yang menarik. Selain daripada mempunyai makanan yang sedap, penampilan restoran itu jugak menjadi kunci utama untuk menarik perhatian orang untuk dating ke kedai. Selalunya restoran yang memberi kelainan akan memjadi bualan ramai dan viral.

Namun terpulang kepada individu masing masing. Jom kita tengok senarai restoran yang terpelik di dunia.


1. THE CLINIC

restoran pelik di dunia
Restoran yang terletak di Singapore ini menjadi tumpuan ramai kerana setiap perabot yang digunakan datangnya daripada hospital hospital Singapura.


2. MODERN TOILET RESTAURANT

restoran pelik di dunia
Restoran ini popular di Taiwan kerana membawa tema tandas. Kerusi, meja makan dan makanan yang dihidangkan dalam pinggan dan mangkuk juga bekonsepkan tandas.

3. KAYABUKIYA TAVERN

restoran pelik di dunia
Restoran ini sangat comel kerana mempunyai dua ekor monyet yang bekerja sebagai pelayan. Monyet itu berpakaian seragam kemas akan mengambil pesanan dan juga menghantar pesanan kepada pelanggan.


4. NEW LUCKY RESTAURANT

restoran pelik di dunia
Kalau anda tak pernah ada pengalaman makan tepi kubur, anda boleh ke restoran ini yang terletak di Ahmedabad, India. Restauran ini dibina atas kubur kubur yang lama. 

Sumber: FMT