Baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan BLACKPINK iaitu Lisa telah berkongsi hidangan kerabu mangga, hingga menyebabkan populariti makanan itu tiba-tiba melonjak naik.
Menurut laporan, Lisa telah memuatnaik gambar makanan itu di laman Instagram dengan kapsyen “Kerabu mangga asli dari Thailand.”
Tidak sampai 24 jam selepas gambar itu dimuatnaik, ia telah mencetuskan trend di Thailand dengan banyak aplikasi penghantaran makanan memaparkan menu kerabu mangga yang telah habis dijual di seluruh negara.
Menurut seorang penjual kerabu betik atau somtam di Bangkok, hidangan kerabu mendapat sambutan luar biasa selepas Lisa memuatnaik gambar tersebut.
Malah, peniaga-peniaga di Thailand kini terpaksa menyediakan lebih banyak buah mangga, betik, ikan pekasam dan tomato bagi memenuhi permintaan kerabu yang melambung tinggi.
Ujar seorang peniaga yang dikenali sebagai Sri Sukjai, apabila pembeli memesan kerabu mangga, dia akan bertanya sama ada mereka mahukan resipi asal kedai atau hidangan yang sama dengan Lisa. Kebanyakkan pembeli mahu kerabu yang sama seperti dimakan oleh penyanyi itu.
Sumber: Kosmo!