Poland Perkenal Ruang Bekerja Terapung, Kena Naik Kayak

Seorang pereka seni bina, Agnieszka Bialek, melakukan perubahan unik terhadap tempat kerja tradisional sebagai usaha menampung penyelesaian tempat kerja baru akibat COVID-19 yang melanda dunia.

poland perkenal ruang bekerja terapung, kena naik kayak

Dikenali sebagai Enclaves yang terletak di Sungai Vistula, Poland, ruang kerja bersama itu adalah bertujuan untuk membantu pekerja yang terutamanya bekerja secara remote dan mengalami keletihan agar kembali bekerja dengan beralih kepada tempat yang menenangkan iaitu, di ruang persekitaran yang terapung di sungai.

Menariknya, reka bentuk ruang kerja bersama itu memfokuskan pada penyediaan privasi terhadap ruang bekerja sekali gus melindungi ruang peribadi pengguna, lagi-lagi dalam zaman pandemik.

Pengguna yang ingin menggunakan salah satu daripada ruang tersebut harus mengayuh kayak hingga sampai ke ruang mereka.

Jelas Bialek, “Enclaves merupakan ruang kerja peribadi yang dipasang di platform yang bergantung pada apungan. Seluruhnya membentuk sel terapung tunggal. Sel-sel ini berlabuh ke dasar sungai dan dihubungkan, memungkinkan mereka membuat struktur modular di permukaan air.”

Biarpun projek tersebut masih berada dalam fasa konseptual, namun ia menawarkan pendekatan khas untuk masa depan tempat kerja, terutamanya kerana kerja jarak jauh yang semakin menjadi pilihan.

 

Sumber: [1]