Perkataan 'Aiyo' Telah Lama Diakui Kamus, Namun Yang Paling Mengejutkan Adalah Asal Usulnya!

Sering kali kita terdengar bahkan kerap juga menggunakan perkataan ‘Aiyo’!

perkataan 'aiyo' telah lama diakui kamus, namun yang paling mengejutkan adalah asal usulnya!

Tapi, tahukah korang yang perkataan ini sebenarnya telah pun berusia lima tahun dalam Oxford English Dictionary?

‘Aiyo’ mula diiktiraf Oxford English Dictionary pada 2016.

Menerusi pencarian Google, laman Singapore Uncensored menyifatkan perkataan ini sebagai perkataan yang paling sering digunakan oleh di Singapura dan Malaysia dan sebahagian negara lain yang terletak di Asia.

Difahamkan bahawa kedua-dua perkataan ‘Aiyo’ dan ‘Aiya’ berasal dari perkataan Cina 哎唷 (aiyo) dan 哎呀 (aiya) yang mana, masing-masing mempunyai maksud lebih kurang ‘oh tidak’ dan ‘aduh’ dalam Bahasa Inggeris.

Biarpun perkataan ‘Aiya’ tidak diiktiraf secara rasmi dalam kamus, penutur asli Bahasa Cina bagaimana terus menggunakan perkataan tersebut untuk menggambarkan perasaan yang berbaur kekecewaan, kegusaran atau kejutan.

Sementara itu, perkataan ‘Aiya’ pula digambarkan oleh Oxford English Dictionary sebagai cara penduduk di Asia Selatan (khususnya di selatan India dan Bahasa Inggeris Sri Lanka) untuk menyatakan kesusahan, penyesalan atau kesedihan yang dialami mereka.

Memetik laporan Newser, ‘Aiyo’ digambarkan sebagai satu ungkapan yang sering digunakan dalam Bahasa Dravidian utama di India Selatan: Tamil, Malayalam, Kannada dan Telugu. Ia dikatakan berhubung dengan Dewa Hindu Ayyapa dan isteri kepada Dewa Kematian Hindu, iaitu Yama.

Tidak ketinggalan, The Indian Express turut melaporkan bahawa perkataan terbabit pertama kali menjangkau khalayak Inggeris pada 1886 melalui satu penerbitan yang berpangkalan di London, iaitu Chamber’s Journal. Chamber’s Journal merupakan majalah yang diasaskan William dan Robert Chambers.

Seiring dengan berlalunya masa, tambahan lagi dengan Malaysia yang merupakan sebuah negara berbilang budaya, tidak hairanlah ‘Aiyo’ dikenali sebagai satu ungkapan yang digunakan hampir segenap masyarakat.

Mungkin ia memakan masa lebih dari 130 tahun hingga perkataan ini akhirnya diakui secara rasmi oleh Oxford English Dictionary, namun, perkataan ini seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat Asia yang telah lama menggunakannya.

 

Sumber: [1]