Penyakit Aneh Punca Gadis Usia 19 Tahun Ini Nampak Macam Budak Kecil

Sekali pandang pada foto ini, pasti kita menyangka ia adalah foto seorang anak kecil dalam lingkungan usia lima ke enam tahun.

penyakit aneh punca gadis usia 19 tahun ini nampak macam budak kecil

Namun siapa sangka beliau sebenarnya sudahpun menjangkau usia 19 tahun, namun memiliki tubuh dan wajah bagaikan seorang anak kecil.

.

Aboli Jarit, seorang gadis dari Najapur, India, telah menjadi sensasi di Internet selepas kisahnya dikongsikan pengguna media sosial.

penyakit aneh punca gadis usia 19 tahun ini nampak macam budak kecil

Mempunyai ketinggian 3 kaki dan 4 inci, Aboli didiagnos dengan penyakit renal ricket, satu kondisi yang amat jarang berlaku melibatkan gabungan penyakit renal dan kehilangan upaya tulang.

.

Lebih menyedihkan, gadis ini dilahirkan tanda pundi kencing, menyebabkan beliau terpaksa memakai lampin setiap masa. Malah, kekuatan tulangnya juga semakin berkurang dari masa ke masa, menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dengan bebas.

penyakit aneh punca gadis usia 19 tahun ini nampak macam budak kecil

Bagaimanapun, Aboli kuat menghadapi dugaan dan sentiasa berani untuk melawan kekurangan diri. Beliau juga sangat suka menyanyi dan menari meskipun tahu beliau tidak berupaya melakukannya.

.

“Tidak ramai yang ada penyakit aneh seperti ini. Apa yang baiknya, saya masih bertahan walaupun ramai tidak tahan untuk seperti ini.

“Saya bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan pelakon, sama ada di Bollywood atau Hollywood, saya harap impian saya tercapai,” ujanya.

.

Aboli mempunyai impian untuk menjadi terkenal, namun bukan kerana keadaan dirinya yang tampak muda, sebaliknya kerana bakat dan kecantikkan dirinya. Mujur Aboli mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong cita-cita dan impiannya itu.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN