Norma Baharu, Penonton Kena Intai Persembahan Dari Lubang Kecil

Sejak penularan pandemik COVID-19, dunia secara keseluruhannya mula mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seperti memakai pelitup separuh muka, penjarakan fizikal dan lain-lain lagi. Segalanya adalah untuk mengelakkan daripada dijangkiti wabak maut ini.

norma baharu, penonton kena intai persembahan dari lubang kecil
 
Begitu juga dengan persembahan teater di Jepun, dimana penonton dipisahkan dalam kubikel berasingan di sekitar panggung, masing-masing dengan slot atau lubang kecil di pintu yang membolehkan mereka menyaksikan persembahan.

norma baharu, penonton kena intai persembahan dari lubang kecil
 
"Kami sengaja membuat lubang kecil dan slot yang menyerupai slot pada kotak surat.

"Menonton dengan sudut pandangan yang sempit membantu penonton lebih fokus pada persembahan," kata Nobuyoshi Asai, pengarah artistik dan koreografer teater syarikat Moonlight Mobile Theatre.


 
Sepanjang tahun lalu, persembahan teater mereka terpaksa dibatalkan susulan pandemik COVID-19. Namun kini, dengan norma baharu yang dipraktikan, kesemua tiket untuk 12 persembahan mereka telah pun habis dijual.

 
Sumber: Reuters