Banjir Terburuk Landa Seoul, Pemuda Ini Terlihat 'Santai' Duduk Di Atas Kereta Yang Hampir Tenggelam

Tatkala bandar Seoul, Korea Selatan dilanda banjir teruk baru-baru ini, seorang lelaki di bandar itu bagaimanapun menangkap perhatian ramai gara-gara dirinya yang dilihat tenang walaupun terperangkap dalam bencana alam tersebut.

banjir terburuk landa seoul, pemuda ini terlihat 'santai' duduk di atas kereta yang hampir tenggelam

Menerusi beberapa hantaran yang tular, lelaki terbabit dilihat duduk di atas keretanya. Dalam keadaan yang mana separuh daripada keretanya itu telah pun ditelenggami air dan terang-terangan terkandas di tengah jalan. Tiada kenderaan atau orang lain di sekitar kawasan tersebut.

Demikian, ramai netizen menjadi tertanya-tanya bagaimana dia boleh kelihatan santai dalam keadaan yang sepatutnya mencemaskan itu.

Bagaimanapun, ada netizen yang membuat spekulasi bahawa lelaki itu sebenarnya seorang wartawan dari Agensi Berita Yonhap bernama Park Sang Ryul.

Dalam perbualan yang sempat dikongsikan rakannya, dia melaporkan situasi itu sambil menulis, “Jadi siapa yang akan datang menyelamatkan saya?”

Difahamkan dia sedang membuat liputan ketika foto tersebut diambil. Namun, walaupun selepas itu, Park dikatakan masih berusaha melaporkan mengenai situasi terkini bencana banjir itu sehingga pagi keesokannya.

 

Sumber: Wolipop