Umumnya majlis perkahwinan adalah hari dimana dua pasangan pengantin diraikan dalam satu majlis, lengkap dengan hiasan dan pakaian cantik pada si raja sehari.
Namun siapa sangka, ada yang seperti tidak mahu kalah dengan sepersalinan indah yang dipakai pengantin, hingga membuatkan ramai keliru yang mana satukah pengantin sebenar.
Itu yang berlaku di Cigondewah, Bandung dekat Indonesia apabila rombongan pengantin berarak dalam majlis perkahwinan menjadi perhatian warganet yang hairan apabila melihat seperti ada tiga pengantin perempuan.
Video tersebut memaparkan rombongan pengantin berarak membawa pelbagai barangan hantaran. Namun, warganet berasa pelik apabila melihat tiga wanita dengan busana pengantin serta barangan kemas dan tiara menghiasi mereka.
Senario itu membuatkan warganet tertanya-tanya, mana satu pengantin sebenar.
Menjawab persoalan itu, pengantin sebenar yang dikenali sebagai Salsabila tampil menjelaskan bahawa dua wanita dengan busana kelabu itu adalah ibu mentua dan kakak iparnya.
Salsabila turut memuatnaik gambar mereka sekeluarga memakai busana pengantin mengikut adat Sunda.
Video tersebut menjadi tular di media sosial dengan pelbagai komen dilontarkan netizen.
“Ibu mentua tidak mahu kalah dengan pengantin,” kata seorang netizen.
“Keliru yang mana satu pengantin,” ujar pengguna lain.
Sumber: Tiktok