‘‘Saya Manusia, Bukan Virus,’’ Kovid Kapoor Tenang Jadi Bahan Usikan

Seorang lelaki dari India tenang apabila menjadi bahan usikan kerana mempunyai nama yang kedengaran sama seperti pandemik COVID-19.

‘‘saya manusia, bukan virus,’’ kovid kapoor tenang jadi bahan usikan

Kovid Kapoor, 30, telah berkongsi pengalaman lucu kerana mempunyai nama yang hampir serupa dengan pandemik COVID-19.

 

“Nama saya Kovid dan saya manusia, bukannya virus,” tulisnya pada satu hantaran di media sosial.

 

Menurut Kovid, namanya berasal daripada sebuah puisi berbahasa Hindi berjudul Hanuman Chaaleesa yang bermaksud orang yang bijak.

‘‘saya manusia, bukan virus,’’ kovid kapoor tenang jadi bahan usikan

“Selalunya, nama itu merupakan panggilan yang indah namun kini ia mempunyai makna yang sangat berbeza,” katanya.

 

Beliau kini merupakan seorang pekerja syarikat mempromosikan pelancongan terbesar di India bernama Holidify, namun menganggap pekerjaannya itu sebagai satu ironi.

 

“Sedikit ironi kerana saya adalah Kovid yang mempromosikan pelancongan,” katanya.

 

Baru-baru ini ketika ulangtahunnya yang ke-30, rakan-rakannya telah memesan kek untuknya dengan ucapan bertulis ‘Kovid-30’. Namun pekerja kedai menjual kek menyangka huruf K itu adalah satu jenaka, lalu mengubahnya menjadi C, menjadi ‘Covid-30’.

‘‘saya manusia, bukan virus,’’ kovid kapoor tenang jadi bahan usikan

Sumber: [1]