Sekumpulan ahli arkeologi Mesir-Dominika menemui satu mumia berusia sekitar 2,000 tahun dengan lidah keemasan baru-baru ini.
Mumia itu ditemui bersama 16 kuburan di kuil Taposiris Magna, ketika misi cari gali di Alexandria dekat utara Mesir.
Menurut satu kenyataan oleh pihak berkuasa Mesir, terdapat beberapa mumia dalam kubur berkenaan yang tidak dipelihara dengan baik tetapi mempunyai saduran emas pada lidahnya.
Ahli arkeologi percaya emas yang diletakkan dalam mulut si mati dipercayai supaya mereka dapat bercakap pada ‘hari kebangkitan’ nanti.
Menurut ketua misi cari gali, Kathleen Martinez berkata dua daripada mumia yang ditemui menarik perhatian kumpulan penyelidik, dimana salah satunya mempunyai pembalut dan bahagian kadbod bersama lapisan kain linen yang dilekatkan, disadur dan dicat pada keseluruhan badan mumia selain dihiasi dengan dengan patung Osiris, dewa kematian Mesir.
"Satu lagi mumia memiliki mahkota yang dihiasi dengan tanduk dan ular tedung serta kalung bersama loket dalam bentuk kepala helang yang mewakili dewa Horus, putra Isis dan Osiris," katanya.
Misi berkenaan turut menemui topeng pengebumian wanita dan mahkota emas serta lapan topeng marmar.
Misi berkenaan dalam usaha mencari makam legenda, permaisuri Ptolemaic Cleopatra, yang memerintah Mesir antara 323 dan 30 sebelum Masihi sebelum Rom mengambil alih pemerintahan dengan Cleopatra menjadi pemerintah terakhirnya.
Sumber: Livescience