Akibat sering disuapkan dengan makanan ringan oleh pelancong dan pengunjung yang pemurah, seekor monyet di sebuah gerai di pasar Thailand kini menjadi obes dan terlampau gemuk.
Monyet yang diberi nama Godzilla, berusia tiga tahun itu boleh dilihat di sebuah pasar di daerah Min Buri, Thailand.
Menurut Daily Star pengunjung sering berkerumun di gerai di pasar itu dan berusaha memberi makanan kepada monyet jantan berkenaan.
Penjaga kedai tempat monyet itu duduk berkata, dia memelihara Godzilla selepas haiwan itu ditinggalkan pemilik sebelumnya. Sejak dari itu, Godzilla tidak tahu bagaimana mencari makanan sendiri.
Kerana kasihankan monyet berkenaan, pengunjung sering memberikannya makan makanan ringan, menyebabkan beratnya kini mencecah 20 kilogram!
Untuk mengelakkan monyet itu sakit, penjaga kedai sering melakukan senaman buat Gozilla setiap pagi, namun keadaan monyet itu masih lagi gemuk.
Sebelum ini, seekor lagi monyet obes yang dikenali sebagai Pakcik Gemuk yang dipercayai mati juga akibat terlebih makan.
Sumber: Daily Mail