Unik! Gerai Minuman Curi Tumpuan, Guna Nozel Minyak Jual Air Teh

Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan sesuatu jualan. Antaranya dengan menggunakan prop unik dan menarik bagi tujuan promosi hingga berjaya mencuri perhatian ramai.

 

Sama juga kisahnya dengan sebuah gerai minuman di Bandung, Indonesia ini apabila ia menjual minuman yang disimpan dalam balang mirip pam minyak serta lengkap dengan nozel.

unik! gerai minuman curi tumpuan, guna nozel minyak jual air teh

Sekali pandang, gerai menjual air teh ini saling tidak tumpah bagaikan sebuah pam minyak biasa. Tambah pula ia lengkap dengan pekerja yang memakai uniform pekerja stesen minyak.

 

Dikenali sebagai Pertehmina, gerai menjual air teh ini menyerupai syarikat minyak dan gas milik Indonesia, Pertamina.

unik! gerai minuman curi tumpuan, guna nozel minyak jual air teh

Menurut pemilik Pertehmina, Rahadika berkata, idea untuk menggunakan konsep itu timbul selepas melihat kepada keadaan cuaca yang kini semakin panas.

 

“Air teh memang menjadi minuman kegemaran ramai dan diminum setiap hari. Dalam masa sama, kami mahu memperkenalkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai nilai tambah.

“Konsepnya sahaja pam minyak tetapi semua peralatan yang digunakan mempunyai gred makanan,” kata beliau.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PERTEHMINA (@pertehmina)

 

Dengan memperkenalkan lima jenis minuman, pekerja akan mengisi air ke dalam bungkusan mengikut kepada sukatan yang diminta oleh pengguna.

unik! gerai minuman curi tumpuan, guna nozel minyak jual air teh

Minuman yang dijual di gerai ini adalah antara 3000 hingga 9000 Rupiah (RM0.90 dan RM2.70), manakala teh yang digunakan adalah 100 peratus berasal daripada Jawa Barat.

 

Sumber: Detik.com

Foto: Instagram @pertehmina