Seorang lelaki dilaporkan telah meninggal dunia namun kembali dihidupkan selepas 90 minit.
Alistair Blake, 61, merasai pengalaman ngeri itu selepas mengalami serangan jantung pada pagi Januari 2019.
Menurutnya, ketika kejadian beliau sedang tidur di sebelah isterinya, Melinda, sebelum beliau didapati kaki tidak bergerak di rumah mereka dekat Australia.
Pasukan paramedik kemudian dikejarkan ke lokasi sementara Melinda melakukan CPR kepada suaminya itu.
Bagaimanapun usaha Melinda nyata sia-sia selepas paramedik mendapati Blake kekal tidak benyawa dan mati secara klinikal. Nadinya juga tidak berdenyut ketika itu.
Para medik sedaya upaya membantu Blake selama hampir sejam, dan terus memberikan CPR serta kejutan dada dengan menggunakan defibrilator.
Selepas 90 minit, jantung Blake kembali berfungsi dan nadinya kembali berdenyut.
Ditanya apa yang dirasainya ketika mati selama 90 mini, ini jawapan Blake.
“Secara teknikal, saya telah mati selama 90 minit.
“Saya masih ingat akan tidur pada malam Sabtu dan perkara seterusnya yang saya ingat ialah bangun pagi Khamis di atas troli dari ICU ke penjagaan koronari.
“Ramai orang bertanya kepada saya jika saya melihat apa-apa, dan jawapannya tidak. Saya tidak melihat apa-apa. Tiada cahaya, tiada apa-apa seperti itu,”
Blake kemudian dibawa ke Hospital Frankston di mana doktor membuka kembali arterinya yang tersumbat. Beliau kemudian dibenarkan pulang ke rumah selepas 12 hari.
Sumber: Daily Star