Sistem ‘matahari buatan’ yang dibangunkan sekumpulan penyelidik di China telah beroperasi selama 20 minit dan mencapai suhu sehingga 70 juta darjah Celsius.
Dalam satu eksperimen terbaharu yang dijalankan itu mendapati suhu tersebut adalah lima kali ganda lebih panas berbanding matahari sebenar yang biasanya mencatatkan bacaaan 15 juta darjah Celsius pada bahagian terasnya
Penyelidik dari Institut Plasma Fizik Akademi Sains China telah membiarkan ‘matahari buatan’ itu beroperasi pada suhu 70 juta darjah Celsius selama 17 minit dan 36 saat.
“Operasi terbaharu itu menghasilkan asas saintifik dan eksperimen yang kukuh dalam memulakan reaktor pelakuran,” kata salah seorang penyelidik tersebut, Gong Xianzu.
‘Matahari buatan’ yang disebut sebagai mesin dalam eksperimen Lanjut Pengalir Lampau Tokamak (EAST), direka dan dibangunkan sejak 2016, dan digunakan oleh para saintis dari seluruh dunia untuk menjalankan eksperimen-eksperiman berkaitan pelakuran.
Saintis-saintis berharap mesin tersebut dapat digunakan bagi memanfaatkan kuasa pelakuran nuklear, yang mana dapat menghasilkan tenaga bersih tanpa batasan dengan meniru tindak balas yang kebiasaannya berlaku dalam matahari.
Sumber: [1]