Nak Turunkan Berat Badan? Makan Hanya Antara 7 Pagi Hingga 3 Petang – Kajian

Dalam usaha menurunkan berat badan, terdapat banyak kaedah yang boleh diamalkan, antaranya adalah dengan mengawal waktu makan.

nak turunkan berat badan? makan hanya antara 7 pagi hingga 3 petang – kajian

Satu kajian oleh pasukan penyelidik antarabangsa mendapati dengan menghadkan waktu makan antara pukul 7 pagi hingga 3 petang mampu menurunkan berat badan dan tekanan darah manusia.

 

Kajian dibuat secara rawak ke atas 90 orang dewasa di Amerika Syarikat mendapati mereka yang makan hanya dalam tempoh waktu tersebut turun kira-kira 2.3 kilogram berbanding kumpulan yang makan dalam tempoh lebih 12 jam.

 

“Pemakanan terhad awal waktu (ETRE) mungkin merupakan rawatan yang berkesan untuk obesiti dan hipertensi.

“Ia juga baik untuk emosi kerana mengurangkan keletihan dan kemurungan. Mereka yang boleh bertahan mengamalkan ETRE kehilangan lebih banyak lemak dalam badan,” kata penulis kajian.

 

Sumber: Kosmo!