Biasanya majlis kenduri diadakan bagi meraikan sesuatu yang menggembirakan, seperti pasangan yang baru berkahwin atau kelahiran anak serta doa selamat.
Namun berbeza dengan sebuah keluarga ini apabila mereka mengadakan kenduri bagi meraikan anak kucing selepas 35 hari kelahirannya, hingga ia menjadi tular di media sosial.
Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Tiktok, majlis kenduri itu diadakan dengan cukup meriah dengan kehadiran sejumlah tetamu di Sleman, Indonesia.
Menurut pemilik kucing tersebut yang dikenali sebagai Rio, kucing betinanya yang diberikan nama Rose baru melahirkan seekor anak yang kemudian diberi nama Devon.
“Saya dan keluarga amat menyayangi kucing dan selepas lebih sebulan kelahiran Devon, kami membuat keputusan untuk membuat kenduri ringkas.
“Lagi pun, Devon adalah anak pertama Rose maka kami perlu menyambutnya dengan meriah,” katanya.
Menurutnya lagi, majlis kenduri itu juga telah memakan modal sebanyak lima juta rupiah (kira-kira RM1,462). Beliau juga berkata tidak kisah berhabis duit bagi merealisasikan majlis berkenaan demi kucing kesayangannya.
Sumber: [1]