Arahan bekerja dari rumah kini masih dilakukan kepada hampir semua pekerja di seluruh negara, berikutan penularan pandemik COVID-19.
Namun, terdapat juga laporan yang mengatakan ada pekerja yang bersikap curi tulang dan tidak melakukan tugasan diberi sepanjang tempoh bekerja dari rumah ini.
Maka disebabkan itu, sebuah syarikat panggilan berpusat, Columbia Teleperformance, telah mengarahkan pekerjanya supaya memasang kamera pintar pada rumah masing-masing, supaya segala aktiviti mereka dapat diperhatikan oleh majikan.
Di bawah skim perlindungan yang tidak disebutkan namanya, pekerja Teleperformance dari Colombia mengadu tentang kontrak baru yang telah mereka dipaksa untuk menandatangani bagi membolehkan mereka bekerja disitu.
Kontrak yang menjadi kontroversi itu pada awalnya dikeluarkan pada Mac, yang membolehkan pemantauan dibuat oleh kamera AI di rumah pekerja serta analisis suara dan penyimpanan data yang dikumpulkan dari anggota keluarga pekerja, termasuk anak di bawah umur.
"Kontrak ini memungkinkan pemantauan berterusan bukan sahaja terhadap apa yang kita lakukan, tetapi juga kepada keluarga kita,"
"Saya fikir ia sangat buruk. Kami tidak bekerja di pejabat. Saya bekerja di bilik tidur saya. Saya tidak mahu mempunyai kamera di bilik tidur saya," kata seorang pekerja kepada NBC News.
Teleperformance, yang mempunyai lebih dari 380,000 orang pekerja di seluruh dunia, dengan sekitar 39,000 di Colombia, mendakwa bahawa beberapa pelanggannya seperti Apple dan Uber telah meminta pemantauan yang lebih drastik, untuk memastikan data yang mereka dikendalikan mengikut standard paling ketat.
Penggunaan kamera CCTV ini jelas melanggar hak dan privasi pekerja syarikat berkenaan meskipun ia adalah untuk tujuan pekerjaan.
Sumber: [1]