Hidupan Seakan Beg Plastik Ini Sangat Merbahaya Pada Manusia

Terdapat pelbagai hidupan sama ada di daratan mahupun lautan ciptaan Tuhan yang unik dan menarik untuk dikaji. Hingga ke hari ini, masih banyak lagi hidupan yang mungkin kita belum tahu dan lihat.

 

Antaranya, hidupan ini yang dilaporkan terdampar di persisiran pantai St Anne, England baru-baru ini.

hidupan seakan beg plastik ini sangat merbahaya pada manusia

Jika sekali pandang, ia tidak ubah seakan-akan beg plastik yang berisi angin, ataupun belon kecil. Namun sebenarnya ia adalah hidupan yang sangat membahayakan manusia.

 

Dikenali sebagai Portuguese man o’ war, (Physalia physalis), ia adalah siphonophore, iaitu sekumpulan hidupan yang mempunyai kaitan dengan obor-obor. Hidupan kecil yang hidup dalam koloninya ini disebut sebagai zooids.

hidupan seakan beg plastik ini sangat merbahaya pada manusia

Ia mempunyai sesunggut yang panjang dan nipis dengan ukuran boleh mencecah 165 kaki. Sesunggut ini diliputi oleh racun yang digunakan untuk melumpuhkan dan membunuh ikan dan makhluk kecil lain. Bagi manusia, sengatan man o’ war adalah sangat menyakitkan, tetapi jarang membawa maut. Namun, man o’ war yang sudah mati dihanyutkan di pantai juga boleh menyebabkan sengatan jika disentuh.

hidupan seakan beg plastik ini sangat merbahaya pada manusia

Hidupan ini akan terapung pada permukaan dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bergantung kepada tiupan angin. Tiupan angin kencang dan ombak kuat menyebabkan hidupan ini terdampar ke persisiran pantai lalu membahayakan manusia.

hidupan seakan beg plastik ini sangat merbahaya pada manusia

Menurut laporan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Portuguese man o’ war ni pernah ditemui di Pantai Pulau Kekabu Marang, Pantai Pengkalan Maras dan Pantai Telok Ketapang pada Februari 2020 lalu.

hidupan seakan beg plastik ini sangat merbahaya pada manusia

 

Sumber: [1], [2]