Siapa sangka daripada hobi dimasa lapang, lelaki ini telah berjaya membuka sebuah sekolah yang dikhaskan untuk mengajar burung meniru pelbagai jenis suara.
Menurut laman Suara.com baru-baru ini, lelaki yang dikenali sebagai Dicky, 45, membuka sekolah burung yang dikenali sebagai Mastering Cibodas Canary di rumahnya di Bandung Barat sejak Oktober 2020.
Sekolah burung itu buat masa ini hanya mampu menampung 12 ekor burung kenari milik peminat burung yang datang dari pelbagai daerah.
Katanya, pada awalnya sekolah burung itu hanya mempunyai empat ekor burung sebagai ‘pelajar’.
“Pada permulaannya, hanya ada empat ekor burung yang mendaftar ke sekolah ini. Sekarang sudah ada 12 ekor.
“Burung-burung kenari itu diberikan pembelajaran khusus agar ia dapat meniru pelbagai jenis suara,” ujar Dicky.
Katanya lagi, burung-burung disekolah itu akan diberikan tempoh sekurangnya lima bulan untuk mahir meniru suara dan bunyi.
Selepas tamat belajar, burung-burung disekolah itu akan diberikan sijil sebagai bukti tamat pengajian.
Sumber: Suara.com