Lelaki Berkurung 100 Hari Sambil Lakukan Strim Untuk Cari Duit

Seorang lelaki menghabiskan 100 hari pertama dalam 2021 dengan mengunci dirinya di dalam sebuah bangsal, dan menstrim diri sendiri tanpa henti selama 24/7.

lelaki berkurung 100 hari sambil lakukan strim untuk cari duit

Lebih mengejutkan, dia juga merancang untuk menghabiskan sisa tahun ini dengan tinggal di tempat terbabit sambil mempromosikan beberapa tawaran unik.

Tim C. Inzana mengatakan, sekiranya dia ditawarkan harga yang berbaloi, dia akan mengurung dirinya di dalam bilik kosong yang didiaminya itu selama lima hingga 10 tahun sambil menstrim dirinya menghasilkan hasil karya seni ciptaannya secara langsung, selama 24 jam seminggu, untuk dijual kepada mereka yang berminat.

Melihat perkara tersebut sebagai satu eksperimen baginya, lanjut Inzana, dia sanggup tinggal di bilik tersebut selama lima tahun sekiranya ditawarkan $5 juta oleh sesiapa sahaja. Namun, jika ada yang menawarkan $10 juta, dia sanggup tinggal di situ selama 10 tahun.  

Bunyi macam tak masuk akal, tapi Inzana menegaskan bahawa dia tidak bermain-main dengan tawaran tersebut.

Tapi, sekiranya dia berjaya mendapatkan 7, 000 pelanggan menerusi platform penstriman terbabit, katanya, dia akan menarik semula kesemua tawaran tersebut dan meneruskan apa yang dilakukannya itu untuk tempoh lima tahun.

Setakat ini, dia telah memperoleh sebanyak lebih 100 pengguna yang melanggan pakej tersebut.

lelaki berkurung 100 hari sambil lakukan strim untuk cari duit

Kebiasaannya, Inzana akan duduk di hadapan komputernya sambil menjawab soalan ketika melakukan sesi strim.  Di lain-lain masa, penonton juga dapat melihatnya makan malam, menari sambil mendengar lagu-lagu dan adakalanya, mengerjakan komisen seninya.

Bangsal yang didiaminya itu merupakan hartanah milik keluarganya yang mana ia dilengkapi dengan tempat tidur, dapur dan bilik mandi. Menurut Inzana dia mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan tempat tinggal tersebut.

Tambahnya lagi, dia tidak berniat untuk melakukan pertunjukan stunt. Bahkan, dia juga telah menghabiskan masa selama berbulan-bulan berbual dengan rakan dan keluarga mengenai perkara tersebut sebelum akhirnya memutuskan untuk melakukan perkara tersebut. Tunangnya turut menyokong keputusan tersebut dan sering menghantar makanan kepadanya melalui tingkap.

Jelas Izana, projek tersebut tidak dimaksudkan sebagai sesuatu yang berbahaya, lagi-lagi menghadkan. Sebaliknya, dia melihat apa yang dilakukannya itu sebagai projek yang berunsurkan ‘kehidupan dan cinta’.

Namun terangnya, “ Saya tidak tahu apa sebenarnya yang saya sedang lakukan, jujur. Saya hanya mengikut firasat sendiri dan ingin menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.”

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN