Kuning Telur Angsa Warna Hitam Cetus Tanda Tanya Pakar

Kebiasaannya, kuning telur yang dihasilkan akan mempunyai warna kuning-jingga dan warnanya agak terang untuk kebanyakkan telur sama ada ayam, burung, angsa, mahupun itik.

 

Namun lain pula warna kuning telur yang dihasilkan seekor angsa di Zheijiang, China ini kerana ia mempunyai warna hitam, hingga mencetuskan perdebatan dan kekeliruan dalam kalangan penduduk di negara itu.

kuning telur angsa warna hitam cetus tanda tanya pakar

Gambar kuning telur kehitaman itu dikongsikan seorang lelaki yang mendakwa angsa milik rakannya mengeluarkan telur berbeza daripada biasa.

 

Dalam video yang ditunjukkan, sejumlah telur yang dikeluarkan oleh angsa rakannya mempunyai bau dan tekstur yang sama seperti telur lain. Cuma bezanya adalah bahagian kuning yang berwarna hitam atau kelabu pekat.

kuning telur angsa warna hitam cetus tanda tanya pakar

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi dari warganet hingga kepada golongan pakar.

 

Ada yang mendakwa, angsa itu mungkin diberi makan buah mulberi yang berwarna merah gelap. Buah ini mempunyai kandungan melanin yang tinggi dan jika dimakan dalam kuantiti banyak, ia boleh menyebabkan telur angsa bertukar warna.

 

Sementara itu pakar penternakan China pula berpendapat, pencemaran mungkin menjadi penyebab kepada perkara ini, namun tidak memberikan penjelasan khusus mengenainya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN