Kucing Hitam Jadi Datuk Bandar di Negeri dekat Amerika Syarikat

Siapa sangka seekor kucing hitam ini telah bergelar Datuk Bandar di sebuah negeri dekat Michigan, Amerika Syarikat (AS) selama satu hari pada Ahad lalu?

kucing hitam jadi datuk bandar di negeri dekat amerika syarikat

Jink, kucing hitam milik Mia, telah menjadi Datuk Bandar Hell di Michigan yang menempatkan populasi penduduk seramai 72 orang.

kucing hitam jadi datuk bandar di negeri dekat amerika syarikat

Menurut Mia, pada awalnya dia hanya bergurau mahu mempertandingkan Jinx sebagai jawatan Presiden AS sebelum pengguna media sosial memberitahu bahawa bandar Hell menyediakan khidmat jawatan datuk bandar kepada mana-mana individu atau haiwan yang mahu merasai pengalaman itu.

kucing hitam jadi datuk bandar di negeri dekat amerika syarikat

“Saya juga pernah melihat datuk bandar haiwan sebelum ini dan saya menghantar ciapan di Twitter bertanyakan cara untuk menjadikan Jinx datuk bandar.

“Ada seorang pengguna media sosial menyebut bahawa anda boleh membayar untuk menjadi Datuk Bandar Hell selama sehari,” kata Mia.

.

Untuk itu, Mia hanya perlu membayar wang pendaftaran sebanyak £80 (RM443) bagi membolehkan Jinx menjadi datuk bandar.

kucing hitam jadi datuk bandar di negeri dekat amerika syarikat

Pembayaran yuran itu akan disertakan hak pentadbiran sementara, sijil pengisytiharan datuk bandar, cawan cenderahati Hell, baju serta sijil pelantikan. Malah, mereka juga akan memiliki satu inci persegi hartanah di Hell.

.

Jinx juga mempunyai 736,000 pengikut di Tiktok, 402,000 di Instagram dan 248,000 di Twitter.

.

Sumber: [1], [2]