Korea Utara Kritik Korea Selatan Kerana Layan 'Idol' Seperti Hamba

Bunyi macam ironi namun itulah yang terjadi yang mana sebuah laman web propaganda Korea Selatan menyifatkan industri K-Pop Korea Selatan sebagai “eksploitasi hamba” dan menganiaya kumpulan besar industri tersebut seperti BTS dan BLACKPINK.

korea utara kritik korea selatan kerana layan 'idol' seperti hamba

Menerusi satu artikel yang dikeluarkan pada 13 Mac lalu itu, laman web yang dikenali sebagai Arirang Meari itu aktif menerbitkan kandungan yang mempromosikan posiviti Korea Utara itu mengatakan bahawa negara jirannya itu menyokong industri yang menganiaya dan mengeksploitasi senimannya.

Artikel tersebut mendakwa bahawa artis K-Pop menandatangani kontrak pada usia muda hanya untuk “diperlakukan sebagai hamba oleh bos konglomerat industri hiburan yang jahat dan korup”.

Selain itu, ia juga melabelkan para pelatih sebagai “kehilangan tubuh, hati, dan jiwa mereka” dan turut menuduh label rakaman K-Pop “memakan sebahagian besar pendapatan penyanyi dengan tujuan nominal menggunakan wang untuk melatih mereka.”

Biarpun begitu, segala tuduhan tersebut sama sekali tidak disokong dengan sebarang bukti melainkan hanya perenggan yang berisi rujukan laporan dari saluran media lain.

korea utara kritik korea selatan kerana layan 'idol' seperti hamba

Ia merupakan sesuatu yang ironi memandangkan Korea Utara dianggap sebagai salah satu negara yang sering melanggar hak asasi manusia, dan mengenakan kekerasan walaupun terhadap kesalahan kecil, hingga ada kes yang menyebabkan kematian.

Meskipun tidak pasti mengapa serangan sebegitu muncul secara mendadak di saluran media Korea Utara, namun ada yang berpendapat bahawa tindakan tersebut adalah untuk menghalang penduduk negara tersebut daripada menggunakan media asing.

Kemajuan teknologi yang semakin berkembang telah memudahkan penduduk Korea Utara untuk mendapatkan kandungan media dari luar negara biarpun dahulunya, ada yang pernah ditangkap kerana mendapatkan kandungan tersebut.

Ia sekali gus telah membuka mata lebih ramai penduduk Korea Utara mengenai dunia luar di sebalik sempadan negara mereka.

korea utara kritik korea selatan kerana layan 'idol' seperti hamba

Dalam pada itu, pengaruh K-Pop dari Korea Selatan makin berkembang sehingga menjadi genre muzik yang diikuti ratusan juta peminat di seluruh dunia.

 

Sumber: [1]