Kisah Mengenai Lelaki Kanibal Yang Pernah Makan Kawan Sendiri & Dibebaskan

Barangkali anda pernah terdengar mengenai lelaki kanibal dari Jepun ini yang bernama Issei Sagawa.

kisah mengenai lelaki kanibal yang pernah makan kawan sendiri & dibebaskan

Pada 1981, ketika dia ditangkap oleh pihak berkuasa Perancis atas jenayah membunuh seorang gadis dan memakannya, dirinya dibebaskan kembali ke Jepun atas perintah pihak mahkamah.

Segala-galanya terjadi apabila Issei Sagawa yang berpindah ke Perancis memasang perangkap pada seorang gadis dengan mengajaknya untuk makan malam di rumahnya sebelum dia bertindak membunuh mangsa tidak bersalah itu.

Menerusi satu temu ramah yang pernah diadakan terhadap Sagawa sekitar 2017, dia mengakui yang dia mula menyedari bahawa dia mempunyai keinginan pelik untuk memakan manusia sejak zaman persekolahannya, iaitu ketika dia terfikir untuk memakan paha rakan sekelasnya.

Beberapa tahun kemudian, dia berpindah ke Paris, Perancis, dan dari situ dia mula melakukan kerja gilanya itu terhadap mangsa Renee Hartevelt, yang merupakan seorang pelajar dari Belanda.

Lebih mengejikan, dia pernah berkata, “Apa yang saya sebenarnya harapkan adalah untuk memakan dagingnya secara hidup.”

“Tidak ada yang mempercayai saya, tetapi tujuan utama saya adalah untuk memakannya, tidak semesti membunuhnya,” katanya.

Dua hari setelah pembunuhan tersebut berlaku, Sagawa mengemas bahagian badan yang belum dimakannya ke dalam beg pakaian dan menaiki teksi ke taman Paris Bois de Boulogne.

Dia merancang untuk membuang bahagian badan mangsa ke sebuah tasik terpencil di sana, bagaimana, terdapat saksi yang secara tidak sengajanya terlihat darah yang menitik keluar dari beg pakaian yang dibawanya itu.

Saksi tersebut dengan segera melaporkan kepada pihak polis sehingga Sagawa ditangkap. Sagawa kemudian mengaku bahawa dia melakukan pembunuhan tersebut untuk memakan daging mangsa.

Seharusnya Sagawa meluangkan masanya di sebalik jeriji besi, bagaimanapun, hakim mahkamah Perancis iaitu Jean-Louis Bruguiere menyatakan bahawa Sagawa tidak siuma dan tidak layak untuk diadili, yang mana beliau kemudian membuang tuduhan tersebut dan memerintahkan agar Sagawa ditahan di institusi mental untuk selama-lamanya.

Sagawa kemudian dihantar pulang ke Jepun, yang mana dia sepatutnya menghabiskan sisa kehidupannya di sebuah hospital mental Jepun.

Namun, dengan tuduhan di Perancis dibuang begitu sahaja, dokumen pengadilan berkenaan kes Sagawa terpaksa ditutup dan tidak dapat dilepaskan kepada pihak berkuasa di Jepun.

Oelh sebab itu, pihak berkuasa terpaksa memutuskan bahawa Sagawa tidak melakukan sebarang kes dan membiarkannya bebas di luar sana.

Mengerikan.

 

Sumber: [1]