Tahukah Anda Kewujudan Pulau Penuh Misteri Di Pulau Pinang Ini?

Anda pernah dengar tak mengenai kisah Pulau Jerejak, sebuah pulau kecil yang terletak di selatan Pulau Pinang, cukup kaya dengan kisah sejarahnya namun juga punya cerita seramnya yang tersendiri.

ketahui pulau berhantu di pulau pinang

Kali ini Syok ingin berkongsi dengan anda mengenai misteri Pulau Jerejak yang mungkin kedengaran asing di telinga segelintir orang.

Sekiranya anda melihat kedudukan Pulau Jerejak dalam Google Maps, ia tidak terletak di dalam bahagian Pulau Pinang yang sering kita kunjungi itu, sebaliknya, bersebelahan dengan pulau tersebut.

Untuk menuju ke pulau tersebut, anda terlebih dahulu harus menaiki feri dari Jeti Pulau Jerejak yang terletak di Persiaran Bayan Indah, Pulau Pinang.

ketahui pulau berhantu di pulau pinang

Pulau Jerejak kini merupakan destinasi percutian hujung minggu yang boleh tahan popular dalam kalangan orang ramai.

Namun, di sebalik destinasi tersebut, ia sebenarnya pernah menjadi penempatan kepada mereka yang dijangkiti penyakit kusta sekitar abad ke-19.

Selain itu, dari tahun 1969 hingga 1993, Pulau Jerejak juga pernah dijadikan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak dan menempatkan mereka yang tergolong dalam kategori penjenayah tegar.

ketahui pulau berhantu di pulau pinang

Pulau terbabit juga dikatakan dikelilingi jerung, dan setiap tahanan yang cuba melarikan diri sering berakhir dengan tragedi dimakan oleh haiwan-haiwan laut.

Hendak ditambah lagi, ada juga cerita daripada para nelayan dan pengunjung pulau itu sendiri yang mengatakan mereka pernah terlihat penampakan roh yang kononnya tidak tenteran kerana meninggalkan dunia dalam keadaan yang tidak menyenangkan.

Selain itu, terdapat juga segelintir manusia yang berkongsi bahawa mereka merasakan perasaan tidak tenteram ketika menjejakkan kaki di pulau tersebut.

 

Sumber: The Smart Local