Syarikat Ini Tawar Gaji RM347,000 Setahun Untuk Rasa Gula-Gula

Tawaran gaji RM347,000 setahun atau bersamaan RM28,916 sebulan ditawarkan oleh sebuah syarikat gula-gula kepada individu yang sanggup mengisi kekosongan jawatan itu.

 

Menerusi iklan yang dikongsikan di laman sosial LinkedIn, Ketua Pegawai Eksekutif Candy Funhouse, Jamal Hejazi kini sedang mencari mereka yang mengisi jawatan sebagai Chief Candy Officer (CCO).

syarikat ini tawar gaji rm347,000 setahun untuk rasa gula-gula

Tugasnya kedengaran mudah iaitu hanya perlu menjadi tukang rasa gula-gula keluaran syarikat sebelum ia dipasarkan kepada orang ramai.

 

“Kami sedang mencari Ketua Pegawai Gula-gula yang pertama dan hanya satu-satunya di dunia.

“Anda juga berpeluang untuk bekerja dari rumah atau (bekerja) di pejabat di Toronto, Kanada (bagi warga Kanada) dan Newark, New Jersey (bagi warga Amerika), dibayar gaji sebanyak RM347,000 untuk memimpin FUNHouse Candy Strategy.

“Ini termasuklah meluluskan semua gula-gula dalam inventori dan memutuskan sama ada untuk memberikannya atau tidak setiap hidangan masing-masing dengan ‘Cop Kelulusan Ketua Pegawai Gula-gula – CCO,” katanya dalam iklan itu.

syarikat ini tawar gaji rm347,000 setahun untuk rasa gula-gula

Tiada had umur ditetapkan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut namun individu itu perlulah menetap di Amerika Utara.

syarikat ini tawar gaji rm347,000 setahun untuk rasa gula-gula

syarikat ini tawar gaji rm347,000 setahun untuk rasa gula-gula

Jika anda rasa adalah peminat gula-gula, apa salahnya cuba nasib dengan memohon jawatan ini? Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022.

 

Sumber: Linkedin.com, Siakap Keli