Kereta hypercar yang sangat popular dalam kalangan dunia automotif, Bugatti Veyron mempunyai kelasnya tersendiri, tambah pula ia adalah kereta yang terpantas di dunia.
Bukan calang-calang orang yang mampu memiliki hypercar ini dek kerana harganya yang sangat mahal.
.
Namun jika anda teringin untuk memandu jelmaan kepada hypercar ini, apa kata anda dapatkan kereta buatan India ini.
Di India, sebuah Maruti Suzuki Celerio telah diubahsuai supaya kelihatan seperti sebuah Bugatti Veyron. Ia dilengkapi dengan enjin 1.0-liter yang digabungkan dengan transmisi AMT dan sedia untuk dijual pada harga RM21 ribu sahaja.
Bukan sahaja pada bahagian luar, jelmaan Bugatti Veyron ini turut diubahsuai pada bahagian dalamnya menggunakan kemasan fiber namun masih kelihatan pelik pada bahagian sisi. Ini adalah kerana model Celerio adalah kereta dengan ruang antara tanah yang agak tinggi, sedangkan Veyron sebenar adalah jentera coupe dua pintu yang rendah.
.
Bahagian belakangnya pula langsung tidak sama dengan Bugatti Veyron sebenar kecuali hanya pada logo Bugatti.
Secara keseluruhannya, kereta ini adalah jenis ‘copy-ori’ kepada model Bugatti Veyron sebenar.
.
Sumber: [1]