Pelanggan Masuk Kedai Tapi Tak Beli Barang Akan Kena Caj RM25

Sebuah kedai runcit di Sepanyol telah mengenakan caj bayaran sebanyak €5 (RM25) kepada pelanggan mereka yang datang meninjau tanpa membeli barang.

pelanggan masuk kedai tapi tak beli barang kena caj rm25

Menurut laporan, kedai bernama Queviures Murria di Barcelona itu telah beroperasi sejak 1898 dan merupakan salah satu lokasi popular di situ.

 

Kedai dengan reka bentuk tradisional dan vijtaj itu telah menarik kehadiran beratus-ratus pelancong setiap hari, namun sebilangan mereka tidak membeli barangan disitu.

pelanggan masuk kedai tapi tak beli barang kena caj rm25

Ada pelancong yang masuk ke kedai dan hanya mengambil gambar tanpa membeli apa-apa.

 

 

@barcelonasecreta Hoy hemos venido a Colmado Murria, un queviures centenario que ahora cuenta con, no uno, ¡sino tres restaurantes! ¿Te animas a probarlos?🙈 #colmado #colmadobarcelona #colmadosdebarcelona #queviures #barcelonasecreta ♬ sonido original - BCN Secreta

 

Oleh itu, pengurus kedai bersama rakan sekerjanya nekad untuk mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk menghalang mereka daripada berbuat demikian.

 

“Idea itu bermula sebagai jenaka tetapi apabila kakitangan dan pelanggan kami semakin tidak selesa, kami memutuskan untuk melaksanakannya,” kata pengurus tersebut, Toni Merino.

 

Satu notis juga telah ditampal di hadapan kedai dan ia berjaya menghalang kebanyakkan pengunjung yang tidak diingini.

 

Setiap pelanggan pula pasti membeli sesuatu setiap kali pergi ke premis berkenaan.

 

Sumber: Oddity Central