Dunia sekarang ni pelik-pelik kan? Dulu dah trending orang pakai fake braces. Sanggup membahayakan kesihatan dan berhabisan wang ringgit semata-mata nak pakai fake braces. Walhal, tujuan braces tu untuk kesihatan gigi. Entah macam mana lah boleh jadi trend.
Habis trend braces, muncul pula trend terbaru iaitu fake freckles atau jeragat palsu! Hah? Biar betul manusia ni.
Actually, trend ni sudah pun bermula pada tahun 2015 ketika seorang perempuan dari Los Angeles mengadakan satu kempen berkenaan jeragat. Pengasas Freck Yourself, Remi Broxton berkata, kempen berkenaan mengenai kecantikan semula jadi.
Trend ni turut mendapat perhatian daripada selebriti antarabangsa seperti Emma Stone. Emma muncul dengan faux freckle ketika menghadiri SAG Awards pada tahun 2015.
Sekarang ni trend ni dah menjadi trend di seluruh dunia. Ramai yang sanggup buat jeragat guna make up. Ok lah kan kalau guna make up. Tapi, ada juga yang sanggup buat lebih dari itu. Ada yang sanggup buat tattoo ala-ala jeragat untuk nampak cantik. Ermmmm…
Sebelum nak buat sesuatu tu, fikir lah betul-betul. Tak salah untuk buat bagi nampak cantik tapi jangan sampai menggadaikan nyawa dan kesihatan serta masa depan.
Sumber: stuff