Bagi menjimatkan tenaga elektrik, timbul satu cadangan yang mana pekerja pejabat di Sepanyol tidak perlu memakai tali leher.
Cadangan itu berikutan cuaca panas melampau yang melanda negara itu dan beberapa negara di Eropah, seterusnya dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Menurut Perdana Menteri Sepanyol. Pedro Sanchez berkata dengan tidak memakai tali leher, penggunaan kipas dan air-cond juga dapat dikurangkan.
“Saya tidak memakai tali leher dan saya telah meminta menteri saya berbuat perkara sama,” kata Sanchez.
Beliau juga meminta syarikat swasta untuk membenarkan pekerja mereka untuk tidak memakai tali leher atas tujuan ini.
Ia juga selaras dengan program kecekapan dan penjimatan tenaga yang diluluskan kerajaan Sepanyol, sama seperti beberapa negara Eropah lain.
Antara langkah penjimatan tenaga yang diperkenalkan adalah menetapkan suhu aircond kepada 27 darjah Celsius, iaitu lebih panas daripada biasa sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
Sumber: Kosmo!