Seorang wanita telah meluahkan rasa amarahnya melalui laman forum, Reddit apabila si suami selalu berlakon menjadi kumbang.
Menurut wanita itu, suaminya memang seorang pelakon dan pernah berlakon di samping A-List selebriti. Bagaimanapun, ketika musim pandemik suaminya tidak menerima sebarang tawaran.
Namun, lelaki itu baru sahaja menerima tawaran berlakon untuk menjadi seorang lelaki yang telah bertukar menjadi kumbang. Tapi, apa yang menjadi masalah apabila lelaki itu terlalu menghayati watak itu.
“Dia banyak menghabiskan masa di atas lantai dan berkomunikasi seperti kumbang. Tapi tak menjadi masalah sangat. Yang menjadi masalah apabila kumbang sangat sensitif dengan cahaya. Jadi, dia sering bersembunyi di bawah sofa untuk tidur”
Whoaaa! Ni memang betul-betul pelakon. Menjiwai watak sungguh lelaki tu kan? Hehehhe.
Sumber: MIRROR