Ibu Terkejut Lahir Anak Kembar Tapi Beza Warna Kulit

Seorang wanita yang juga merupakan ibu terkejut apabila dimaklumkan bayi kembar yang dilahirkannya mempunyai dua warna kulit yang berbeza.

ibu terkejut lahir anak kembar tapi beza warna kulit

Memetik laporan, wanita dari Nottingham, England itu melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan pada April lalu, namun kedua-duanya mempunyai warna kulit yang berbeza.

 

Chantelle Broughton, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Ayon dan kembarnya bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada April lalu.

ibu terkejut lahir anak kembar tapi beza warna kulit

Apa yang membezakan kedua-dua bayinya dengan kembar lain adalah, Ayon memiliki mata hijau dengan kulit cerah manakala Azirah mata coklat dan berkulit gelap.

ibu terkejut lahir anak kembar tapi beza warna kulit

Menurut pakar genetik, kelahiran ini adalah luar biasa dan ia terjadi satu dalam sejuta kes kelahiran.

 

Malah dari genetiknya, wanita itu memiliki darah campuran kerana datuk sebelah ibunya berasal dari Nigeria, manakala suaminya pula berdarah kacukan Jamaica dan Scotland.

ibu terkejut lahir anak kembar tapi beza warna kulit

Menurut wanita itu lagi, semasa dilahirkan anak kembarnya itu tidak kelihatan berbeza tetapi perubahan ketara mula dilihat sejak empat bulan lalu.

 

Selain penampilan berbeza, kedua-dua kembar itu juga dikatakan mempunyai personaliti bertentangan antara satu sama lain.

 

Sumber: Kosmo!

 

ARTIKEL BERKAITAN