Ramai Ibu Bapa Alami Sakit Jantung Ketika Ajar Anak Subjek Matematik

Semakin ramai ibu dan bapa di China dilapor mengalami serangan jantung dan strok ketika membantu anak-anak melakukan kerja rumah, khasnya dalam subjek matematik.

 

Menurut Oddity Central, seorang ibu kepada dua anak yang dikenali sebagai Dong, 40, berkata beliau telah didiagnos dengan pendarahan subarachnoid spontan, iaitu strok kecil yang berkemungkinan disebabkan oleh tekanan jangka panjang.

ramai ibu bapa alami sakit jantung ketika ajar anak subjek matematik

Ibu itu dilapor mengalami sakit kepala dan muntah selepas membantu anaknya melakukan kerja rumah subjek Matematik. Lebih parah, Dong yang dikejarkan ke hospital dilapor masih tidak sembuh selepas berbaring selama beberapa jam.

 

Kejadian hampir sama pernah menimpa seorang wanita berusia 37 tahun di Lianyungang yang mengalami darah tinggi selepas anaknya gagal memahami subjek Matematik yang diajar.

ramai ibu bapa alami sakit jantung ketika ajar anak subjek matematik

Wanita itu dikatakan telah menerangkan berulang kali namun anaknya masih tidak faham subjek berkenaan menyebabkan dia gagal bernafas dengan baik serta mengalami sakit pada dada.

 

Menurut pakar kesihatan, masalah ini adalah disebabkan ibu dan bapa yang berada dalam kegelisahan serta tekanan berterusan dengan kerja pejabat, kerja di rumah dan juga tekanan dari pasangan sendiri.

 

Sumber: Oddity Central