Berikutan situasi pandemik COVID-19 yang masih melanda, pasangan ibu bapa di Jepun yang baru sahaja menimang cahaya mata mengirim beg beras yang memiliki berat sama dengan bayi mereka kepada saudara-mara yang ingin memeluk bayi tersebut tetapi tidak dapat berkunjung.
Memetik laporan The Guardian, sebilangan beg beras berbentuk seperti bayi yang dibalut selimut dan menampilkan gambar wajah anak pada bahagian depannya dijual dengan harga sekitar $32 (RM135) untuk bayi beras seberat 7.5 paun.
Sementara itu, bagi bayi beras yang lebih berat pula, dijual dengan harga yang lebih tinggi.
Amalan menghantar beg bayi beras ini disebut sebagai ‘dakigokochi’ di Jepun, yang mana ia juga sering digunakan pada majlis perkahwinan yang mana pasangan pengantin akan memberikan ibu bapa mereka beg beras berserta gambar mereka sebagai kanak-kanak bagi menunjukkan penghargaan.
Sebagai tambahan, ‘dakigokochi’ bukanlah satu fenomena baru, tetapi pandemik COVID-19 telah menyebabkan permintaan meningkat kerana saudara-mara yang tinggal jarak jauh tidak dapat pergi ke upacara perkahwinan atau melawat bayi yang baru lahir.
Dalam perkembangan lain, Jepun telah melanjutkan keadaan daruratnya di beberapa kawasan dan mengesyorkan penduduknya agar kekal tinggal di rumah susulan negara itu mengalami lonjakan kes yang paling tinggi dalam tempoh beberapa minggu ini.
Sumber: [1]