Hari Perkahwinan Dilanda Banjir, Pasangan Pengantin Baru 'Sporting' Je Bergambar!

Siapa nak sangka, tatkala majlis perkahwinan sedang berlangsung, boleh pula datang banjir.

hari perkahwinan dilanda banjir, pasangan pengantin baru 'sporting' je bergambar!

Bagaimanapun, ternyata pasangan pengantin baru di Indonesia ini begitu ‘sporting’ apabila mereka akhirnya berkeputusan untuk mengabadikan memori di hari persandingan mereka dengan mengambil gambar di tengah-tengah banjir.

Cerita mengenai pasangan pengantin ini dimuat naik menerusi akaun TikTok @pengenakinsecure yang mana, dalam video tersebut, jelas terlihat kawasan lorong di sekitar perkarangan majlis perkahwinan itu dilimpahi banjir yang mencecah ketinggian pergelangan kaki orang dewasa.

Coretnya pada ruangan kapsyen video terbabit, “Foto perkahwinan selepas banjir, jadi ceritanya adalah pelanggan kami mengalami banjir. Mereka mengatakan mereka ingin mengambil foto yang berkonsepkan di dalam air.”

Dalam video yang telah ditonton lebih 1.6 juta orang itu, turut kelihatan sang jurugambar yang kelihatan begitu ligat melayani permintaan pelanggannya itu untuk mengabadikan momen raja sehari mereka dengan melakukan ‘pose’ dalam banjir.

Tidak ketinggalan, para tetamu dan penduduk setempat turut mengerumuni mereka gara-gara tertarik melihat aksi tersebut.

Memetik laporan media tempatan yang menghubungi sang jurugambar iaitu Muhammad Hasbi, kongsi lelaki itu, sesi penggambaran foto perkahwinan itu berlaku pada 15 Ogos lalu di Wilayah Kalimantan Selatan.

Akui Muhammad, dia berasa terkejut ketika diminta untuk mengabadikan momen raja sehari itu di tengah-tengah banjir.

“Saya agak terkejut ketika pertama kali mengetahui keadaan banjir. Banjir kan datang tiba-tiba. Saya takut kamera jatuh ke dalam air,” katanya.

@pengengakinsecure

foto wedding pas banjir wk

♬ edamame - bbno$

 

Sumber: [1]