Nilai Harga Kad Pokemon Kini Cecah Sehingga RM6.84 juta

Adakah anda masih menyimpan kad permainan daripada siri kartun popular Jepun, iaitu Pokemon?

nilai harga kad pokemon kini cecah sehingga rm6.84 juta

Menurut laporan, nilai bagi kad-kad Pokemon kini dianggarkan mencecah sehingga £1.2 juta (RM6.84 juta).

 

Kad Pokemon mula dilancarkan pada tahun 1996 dengan penjualan sebanyak 34.1 bilion kad di seluruh dunia. Ia menjadi popular dan dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak pada zaman itu sebagai koleksi peribadi.

nilai harga kad pokemon kini cecah sehingga rm6.84 juta

Kini selepas lebih 20 tahun, ia mula dijual secara atas talian dengan nilai yang cukup tinggi dan mendapat permintaan hangat, misalnya menerusi laman penjualan dalam talian, eBay.

 

“Kad-kad Pokemon telah berkembang pesat sebagai pelaburan alternatif yang terkenal.

“Permainan yang mempunyai nostalgia tersendiri ini menarik imaginasi ramai peminat disebabkan gabungan watak yang ikonik sehingga mereka sanggup membelanjakan wang untuk mengumpulkannya,’’ jelas pakar kewangan Money.co.uk, Salman Haqqi.

 

Antara harga kad yang disenaraikan adalah watak Pikachu berharga £1.2 juta (RM6.84 juta), Kangaskhan £350,000 (RM1.99 juta), Blastoise dan Venusaur £185,868 (RM1.06 juta), Rayquaza £73,062 (RM416,804) serta Ivysaur £54,797 (RM312,606).

 

Adakah anda masih ada kad-kad Pokemon seperti diatas ini? Jika YA, anda mungkin seorang jutawan.

 

Sumber: [1]