Hampir Semua Penduduk Kampung Ini Adalah Youtuber

Youtube merupakan salah satu platform media sosial yang mengumpulkan pelbagai jenis kandungan video untuk tontonan pelbagai segenap usia.

 

Mereka yang mencipta kandungan di Youtube juga boleh mendapat bayaran tertentu sekiranya memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan.

 

Maka disebabkan itu, hampir semua penduduk disebuah perkampungan ini memilih untuk menjadi Youtuber dan mereka masing-masing tampil dengan kandungan mereka tersendiri.

hampir semua penduduk kampung ini adalah youtuber

Tulsi, sebuah perkampungan kecil di India, telah menjadi terkenal kerana menempatkan ramai Youtuber, sehinggakan kampung ini dikenali sebagai Perkampungan Youtube.

hampir semua penduduk kampung ini adalah youtuber

Menempatkan kira-kira 3000 penduduk, satu pertiga daripadanya mencipta kandungan di Youtube dan memperoleh pendapatan sampingan darinya. Kebanyakkan Youtuber ini juga adalah terdiri daripada petani.

hampir semua penduduk kampung ini adalah youtuber

Menurut laporan, segalanya bermula apabila dua sekawan, Gyanendra Shukla dan Jai Verma telah meninggalkan kerjaya mereka sebagai jurutera dan guru demi menjadi Youtuber. Mereka berdua berjaya meraih pendapatan yang tinggi hasil daripada membuat video di Youtube. Kisah dua individu ini menjadi tular di kampung tersebut dan menjadi inspirasi kepada ramai untuk melakukan serupa.

Kini, sebanyak 40 peratus penduduk kampung itu dari usia 15 tahun sehingga 85 tahun, mencipta kandungan video bukan sahaja di Youtube, malah di platform lain seperti Instagram dan Tiktok. Lebih menarik, kebanyakkan daripada mereka mempunyai lebih daripada 100 ribu pengikut Youtube.

 

Sumber: OC