Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini semakin pesat membangun dan ia nyata membantu kita dalam banyak perkara.
Terbaharu, seorang hakim di sebuah mahkamah dekat Mexico telah menggunakan perisian AI terkini iaitu ChatGPT untuk membuat keputusan mengenai satu kes mahkamah.
Hakim Juan Manuel Padilla dari bandar Cartegena adalah pertama di negara itu yang menggunakan teknologi AI bagi membuat keputusan mahkamah.
"Buat pertama kali keputusan kes mahkamah di negara ini mengunakan AI. Namun, memahami kebimbangan ramai, keputusan yang saya buat sepenuhnya autonomi.
"Tetapi AI membantu untuk menyampaikan dan membuat keputusan," kata Padilla kepada penyiar Blu Radio.
Menurutnya, penggunaan alat sedemikian dalam amalan kehakiman adalah tidak salah dan tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Malah, AI juga dapat menjimatkan masa hakim.
Pelancaran ChatGPT OpenAI pada akhir Nov 2022 telah menerima pelbagai reaksi berbeza kerana kebolehannya meniru perbualan manusia dan menjana teks berdasarkan carian atau soalan dari pengguna.
Sumber: Astro AWANI