Haiwan Macam Ular Berbulu Buat Ramai Geli-Geleman

Ular merupakan reptilia karnivor yang bersisik dengan badannya yang licin. Mereka yang takut akan ular dikenali sebagai ophidiophobia.

 

Melihat kepada badannya yang licin itu sahaja sudah membuatkan ramai tidak senang duduk. Bagaimana pula jika ular itu mempunyai badan yang berbulu?

haiwan macam ular berbulu buat ramai geli-geleman

Menerusi satu video yang tular di media sosial menunjukkan haiwan seakan ular yang mempunyai bulu berwarna hijau, sedang melingkar dalam air, dipercayai berlaku di negara Thailand.

haiwan macam ular berbulu buat ramai geli-geleman

Warganet yang menonton video itu juga tidak dapat memastikan haiwan apakah yang berbulu hijau dan mempunyai ciri-ciri seakan ular, maka ramai yang menganggap ia sebagai makhluk asing.

haiwan macam ular berbulu buat ramai geli-geleman

Ada sesetengah pengguna media sosial yang menonton video itu pula meninggalkan komen mendakwa ia adalah sejenis hidupan dalam air. Malah ada juga yang menganggap ia sebagai palsu yang mana mungkin seekor ular sebenar yang dipakaikan dengan kostum. Namun hingga kini, tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya haiwan ini.

Apa pula pendapat anda?

 

Sumber: [1]