Lebah Kini Dilatih Untuk Kesan Virus COVID-19

Jika sebelum ini anjing pernah digunakan bagi mengesan virus korona, kini saintis dalam usaha menggunakan khidmat lebah pula.

lebah kini dilatih untuk kesan virus covid-19

Kajian yang dilakukan sekumpulan saintis Belanda di Universiti Wageninge dengan kini sedang melatih lebih 150 ekor lebah untuk mengenalpasti sampel yang mengandungi virus COVID-19 berdasarkan bau uniknya.

 

Lebah merupakan antara serangga yang mempunyai deria bau yang cukup kuat. Dalam eksperimen yang dilakukan, kumpulan lebah berkenaan akan diberikan larutan air guna setiap kali ia terkena pada sampel yang dijangkiti virus COVID-19.

lebah kini dilatih untuk kesan virus covid-19

Serangga istimewa itu dilihat dapat dilatih dalam masa beberapa minit dengan hasil keputusan yang positif.

 

Menurut syarikat yang bekerjasama dalam kajian tersebut, iaitu InsectSense mereka berharap kaedah ini dapat dibangunkan dan digunakan di negara-negara berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kepakaran serta kemudahan makmal yang canggih.

 

"Bukan semua makmal memiliki kepakaran, terutama di negara berpendapatan rendah.

"Lebah boleh didapati di mana-mana, dan pengendaliannya juga tidak terlalu rumit," kata Wim van der Poel, seorang profesor di Universiti Wageningen.

 

Sumber: The Washington Post