Gara-Gara Panik Dengan Korona, Kafe Di Australia Ini Terima Bayaran Tisu Tandas Sebagai Gantian Duit

Siapa nak sangka, akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, sebuah kafe yang terletak di salah satu kawasan pedalaman Far North Queensland, Australia sanggup menerima tisu tandas sebagai salah bentuk pembayaran.

gara-gara panik dengan korona, kafe di australia ini terima bayaran tisu tandas sebagai gantian duit

Semuanya bermula apabila pengurus kafe tersebut, iaitu Jason Jacques yang menyedari betapa seriusnya masalah yang dialami mereka apabila stok tisu tandas itu hampir habis.

Lebih mengeruhkan keadaan, pembekal yang kebiasaannya akan menghantar tisu tandas ke kafe itu juga memaklumkan bahawa mereka turut kehabisan stok.

“Kakitangan kafe memberitahu saya bahawa tisu tandas dari beberap pembekal kami telah habis terjual.

“Ini borong, anda tahu, bukan hanya di pasar raya,” katanya.

Berikutan itu, untuk mengelakkan kafe tersebut daripada terus kehabisan stok kertas, Jason mula terfikir untuk menjual produk kopinya sebagai pertukaran dengan tisu tandas, yang mana perkara tersebut turut dihebatkan menerusi media sosial olehnya.

Menurut Jason, berbeza dari kebiasaannya yang mana pelanggan akan membayar dengan menggunakan wang, kali ini, pelanggan di kafenya itu juga boleh memilih untuk membayar secawan kopi sebagai pertukaran dengan tiga gulungan tisu, atau 36 gulungan untuk satu kilogram biji kopi yang berharga 42 Dollar Australia (RM131.70).

“Saya tahu orang ramai yang membeli tisu tandas, dan kami fikir kami boleh mendapatkan beberapa gulungan...Siapa tahu jika ada seseorang yang ingin menukarnya.

“Kami memerlukan lebih banyak, dan pembekal telah berjanji untuk memberikan lebih banyak, namun sebaliknya menjadi kritikal seperti ini.

“Kami mula mencari alternatif lain seperti surat khabar, pokok gelam, hingga daun kopi,” jelasnya.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa pelanggan di kafe tersebut yang sanggup memperdagangkan sembilan gulungan tisu demi tiga cawan kopi, namun ia hanya setakat itu.

Menurut Jason, kafe tersebut menggunakan sekurang-kurangnya beberapa gulungan setiap hari.

Bagaimanapun, kongsinya, dia akan tetap menjalankan sistem barter itu untuk memperoleh stok sementara yang mencukupi sehingga stok daripada pembekal akhirnya dihantar ke kafe tersebut.

 

Sumber: [1]