Gagal Cari Jodoh, Wanita Ini Kahwin Dengan Hantu Lanun Dari Abad Ke-18

Seorang wanita bertukar menjadi sensasi internet apabila dia mengahwini hantu lanun dari abad ke-18 sebagai jodohnya!

gagal cari jodoh, wanita ini kahwin dengan hantu lanun dari abad ke-18

Wanita yang dikenali sebagai Amanda Teague, 45, itu mengambil keputusan sedemikian setelah dia difahamkan gagal mencari pasangan yang sesuai untuk dirinya.

Amanda yang merupakan seorang ibu kepada lima orang anak mendakwa dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana lelaki seperti hantu yang dikenali sebagai Jack itu, walaupun dalam hubungan cintanya yang dulu.

Selain itu, dia turut menggambarkan Jack sebagai lanun yang berasal dari Haiti, berkulit hitam serta mempunyai rambut hitam pekat.

Menurutnya, Jack dijatuhkan hukuman mati atas kejahatan yang dilakukannya sekitar tahun 1700-an, tetapi ia tidak menghentikan pasangan tersebut daripada menjalani kehidupan normal.

Kongsi Amanda, seperti pasangan normal yang lain, mereka juga mempunyai momen-momen yabg mana mereka bercinta dan adakalanya bertengkar antara satu sama lain.

“Kami menjadi sangat dekat, semakin saya belajar tentangnya, semakin saya menyukainya. Suatu hari dia berkata kepada saya, ‘kita sebenarnya boleh bersama’, tetapi saya tidak pernah mengetahui tentang hubungan intim antara roh dan manusia sebelum ini,” kata Amanda.

Pada hari perkahwinan mereka, Amanda menggunakan bendera yang simbolik dengan lanun bagi mewakili Jack serta media khas untuk membolehkan Jack mengatakan ‘I do’.

Apa pendapat korang mengenai perkahwinan ini?

 

Sumber: [1]